NOOR HIDAYAH ABDUL KARIM

Sweet & Simple

HARGAI WALAUPUN 10 SEN…

di Oktober 17, 2012

Rasa terkilan apabila anak-anak zaman ini tidak menghargai duit yang bernilai kecil. Mereka tidak menghargai apabila diberi duit 1 ringgit, 50 sen, 20 sen atau 10 sen. Begitu juga yang ada pendapatan. Duit-duit syiling diletak merata-rata tempat di rumah. Tidak ada tabung untuk menyimpan atau melabur.

Seorang pencuri ditangkap dan pernah jadi jutawan apabila mencuri wang 1 sen daripada akaun pelanggan mereka. (Agama melarang kita mencuri)

Dalam perniagaan runcit keuntungan bagi satu barang antara 3 sen hingga 50 sen sahaja. Disebabkan peniaga menghargainya maka perniagaan dan keuntungannya berlipat kali ganda selesai beberapa tahun.

Dalam amanah saham atau saham nilai seunit saham dikira sehingga empat angka bagi nilai sen. Contoh harga seunit saham dibeli pada harga RM 0.2134. Kita hanya dapat menyebut nilai itu 21 sen sahaja. Sukar untuk memeberi nilai pada 34 dibelakang21 sen. Tetapi sekiranya harga saham itu meningkat kepada RM0.2413 (24 sen), Ramai pelabur gembira kerana mendapat untung berganda kerana beza 3 sen itu dan mereka telah memilikinya sebanyak 500,000 unit.

Jika duit sen banyak di rumah bolehlah ke Tabung Haji atau Perbankan Islam untuk dimasukkan ke akaun sendiri. Atau kita sedekahkan 10 sen setiap kali sembahyang jemaah masjid atau surau kita. Allah berfirman keuntungan berlipat kali ganda pahala bersedekah ibarat sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, setiap tangkai itu mengandungi 100 biji (Al-Baqarah 261). Nabi bersabda ”Segeralah kamu bersedekah, kerana bala bencana itu tidak dapat melangkahi sedekah” ( Al-Baihaqi )

Sumber diperolehi daripada: http://www.ideafaizul.com/


2 responses to “HARGAI WALAUPUN 10 SEN…

  1. takaful09 berkata:

    HAi….luangkan masa tuan puan melawat blog saya di http://www.uruskewangan09.blogspot.com. Search dan kongsikan. Moga jasa baik tuan puan di balas kebaikan. Tq

  2. Deen Hashim berkata:

    Satu perkongsian yang menarik. Saya sangat setuju dengan penulis. Setiap sen itu ada nilai yang berharga dan jika dikumpulkan mampu memberi satu jumlah yang agak besar tanpa kita sangka pun.

    Saya selalu kalau beli barang mesti gunakan wang kertas sahaja, kerana mahukan baki syiling walaupun saya memang ada cukup syiling. Baki syiling itu akan saya masukkan ke dalam satu tabung khas. Setelah penuh saya akan simpan dalam bank.

    Secara tak langsung saya mendidik diri ini untuk menyimpan walaupun seposen🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Beauty of Education Beyond Knowledge

Blog ini dihasilkan bagi memenuhi kehendak kursus KPT6044-Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web (Nurul Huda Binti Fadzil M20121000158)

helidzia

Anggun dan Unggul

::Salam Dunia::

Rasai~Hayati~Fikir

kamaruddinmohdsaad

This WordPress.com site is the cat’s pajamas

*all about your idea and my idea*

"how we share together"

The WordPress.com Blog

The latest news on WordPress.com and the WordPress community.

%d bloggers like this: