NOOR HIDAYAH ABDUL KARIM

Sweet & Simple

TIP MENANGANI MASALAH KEWANGAN

di Oktober 10, 2012

Jika anda sering berasa tidak berpuas hati dengan pasangan anda tentang soal perbelanjaan isi rumah, jangan mendiamkan diri sahaja kerana ini akan memburukkan lagi keadaan. Mungkin ada di kalangan anda takut untuk menyuarakan pandangan tentang corak perbelanjaan pasangan, namun harus diingatkan bahawa apabila sudah mengambil keputusan untuk hidup bersama, segala keputusan hendaklah atas persetujuan bersama.

Oleh itu, jika keadaan ini berlaku kepada anda, salah seorang daripada anda sepatutnya memberanikan diri untuk bertanya dan berbincang mengenai hal-hal kewangan. Ini penting, jika tidak anda bukan sahaja akan dibelenggu dengan masalah kewangan, tetapi turut dibelenggu dengan masalah rumah tangga.

Berikut beberapa tip yang boleh dijadikan panduan:

  1. Jangan segan untuk bertanya kepada pasangan anda mengenai corak dan tabiat kewangannya seperti cara perbelanjaan, tanggungan hutang dan sejauh mana pasangan anda tahu mengenai pelaburan.
  2. Keluarkan sedikit bajet untuk membeli dan ambil masa untuk membaca buku-buku mengenai pengurusan kewangan atau berjumpalah dengan pakar perancangan kewangan untuk memperbaiki corak anda dan pasangan menguruskan kewangan.
  3. Ambil masa untuk berbincang tentang impian kewangan anda berdua serta bagaimana anda dan pasangan mahu menghadapi waktu-waktu persaraan kelak.
  4. Selain itu, anda dan pasangan perlulah berbincang tentang cara-cara bagaimana mahu meningkatkan hasil pendapatan dan bagaimana cara yang terbaik untuk mengurangkan perbelanjaan serta banyakkan menyimpan untuk masa depan.
  5. Dan apa yang paling penting sekali ialah bagaimana anda dan pasangan anda boleh melindungi diri dan keluarga sebagai jaminan apabila berlakunya musibah yang tidak dapat dielakkan. Contohnya mengambil perlindungan insurans seperti insurans kemalangan, insurans perubatan dan sebagainya.
  6. Bekerjasamalah untuk menguruskan kewangan anda dan jangan mengharapkan seorang sahaja yang menguruskannya.
  7. Tetapkan tarikh setiap bulan untuk mesyuarat bajet kewangan.

Sumber dipetik daripada Mingguan Wanita (25 Februari – 3 Mac 2011)

Oleh: Norhasliza Mohd Shafi


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Beauty of Education Beyond Knowledge

Blog ini dihasilkan bagi memenuhi kehendak kursus KPT6044-Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web (Nurul Huda Binti Fadzil M20121000158)

helidzia

Anggun dan Unggul

::Salam Dunia::

Rasai~Hayati~Fikir

kamaruddinmohdsaad

This WordPress.com site is the cat’s pajamas

*all about your idea and my idea*

"how we share together"

The WordPress.com Blog

The latest news on WordPress.com and the WordPress community.

%d bloggers like this: