NOOR HIDAYAH ABDUL KARIM

Sweet & Simple

BIJAK URUS WANG, KUNCI BEBAS HUTANG

di Oktober 8, 2012

Artikel bertajuk “Kelemahan Kewangan di Kalangan Masyarakat” tulisan Sunthara Segar ini saya jumpa ketika terbaca sebuah majalah berkaitan mengurus kewangan. Pada mulanya saya cuma ingin membaca sepintas lalu sahaja, tetapi tertarik kerana di dalamnya ada tertulis sebuah artikel lagi yang ditulis oleh penulis lain berkaitan “Melayu Masih Lemah Sistem Kewangan”. Oleh itu, di sini saya ingin kongsikan beberapa komen yang diberikan penulis tersebut berkaitan isu ini.

Apabila timbul skim cepat kaya dan pelaburan menerusi internet, orang Melayu yang paling ramai berhimpun mendengar cerita dan sanggup menghabiskan wang untuk menyertainya. Sedangkan orang Melayu tidak pernah mempersoalkan di mana wang itu dilaburkan dan siapa yang menguruskan dana tersebut. Betapa singkatnya minda bangsa kita untuk mendapatkan wang dengan cara mudah hanya dengan menaja beberapa orang kononnya akan mendapat pulangan yang lumayan.

Dari pengalaman penulis selama 12 tahun dalam bidang perancangan kewangan dan juga melalui pergaulan dengan rakan sejawat CFP (Certified Financial Planner) dari negara-negara lain, penyakit manusia ini ternyata tidak mengira bangsa, negara atau kaum. Dari segi sejarah, skim cepat kaya dan pelaburan telah wujud semenjak manusia mencipta mata wang dan mengenali emas perak. Internet cuma memberikan satu medium untuk penipu-penipu memasarkan helah mereka di samping memudahksan urus niaga. Itu sahaja bezanya. Namun satu sikap manusia tidak akan berubah untuk seribu tahun lagi. Sikap ini ialah inginkan keuntungan cepat tanpa usaha yang sepadan.

Skema pelaburan internet ada yang “bonafide” (jujur) dan boleh membawa keuntungan tetapi malangnya lebih jujur sesuatu sistem kadang-kadang kurang pula pulangannya. Publisisti pun kurang berbisa dibandingkan dengan pelaburan palsu. Masalahnya ialah bukan pada produk pelaburan tetapi ialah kurangnya pendidikan kewangan di kalangan bakal pelabur itu sendiri. Seorang itu layak melabur bukannya berasaskan kepada kemampuannya untuk menyediakan modal tetapi pada pengetahuannya untuk bertanyakan soalan-soalan yang bernas.

Sikap tertutup bangsa Melayu seperti ‘katak bawah tempurung’ masih tebal dalam soal membicarakan pengurusan kewangan khususnya melalui penasihat kewangan yang bertauliah. Malah keadaan ini juga mungkin disebabkan sikap negatif diri mereka sendiri (paling ramai) dan kemungkinan sikap ejen dan penasihat kewangan yang tidak profesional dan beretika.

Akhir sekali, sedikit nasihat dan panduan agar para pelabur membuat penilaian terhadap kewangan masing-masing sebelum membuat sesuatu pelaburan agar kelak tidak terjadi hal seperti bukan hasil yang dituai tetapi bebanan hutang pula yang terpaksa ditanggung.

 


2 responses to “BIJAK URUS WANG, KUNCI BEBAS HUTANG

  1. Deen Hashim berkata:

    Setuju dengan penulis. Masalah pelaburan skim cepat kaya ini sememangnya satu masalah yang tidak pernah akan padam dalam kehidupan manusia. Ia ibarat cendawan tumbuh diwaktu pagi. Hari ini kita kopek cendawan tu, esok lusa akan tumbuh yang baru.

    Orang melayu sememangnya sinonim dengan pelaburan skim cepat kaya ini. Kenapa agaknya..?

    Saya berpendapat perkara ini terjadi disebabkan keadaan ekonomi bangsa melayu itu masih terlalu jauh untuk dicapai tahap atau standard ekonomi yang dipegang oleh bangsa cina mahupun india. Kesedaran untuk mengubah taraf hidup berkobar-kobar didalam jiwa orang melayu dan masing-masing menyimpan impian untuk menjadi orang kaya.

    Saya kira itu satu petanda yang baik. Cuma mungkin dah lama sangat hidup dalam serba kekurangan dan terlalu lapar dengan kemewahan membuatkan orang melayu akan mengejar apa sahaja bentuk kekayaan yang muncul didepan mata dengan rakus tanpa pedulikan tentang kesahihan kekayaan yang dikejar.

    Dan mungkin juga sikap orang melayu yang mudah percaya dengan kebaikan orang tanpa usul periksa menyebabkan orang melayu akan terus ikut sahaja apa yang dijanjikan. Orang melayu tahu mencari ilmu itu penting namun mereka tidak mahu membazirkan wang mereka hanya untuk belajar. Bagi mereka kalau dah keluar modal harus ada pulangan dalam bentuk RM yang boleh dilihat dengan kadar segera.

    Satu lagi kelemahan orang melayu ialah akan percaya dengan testimonial dan akan ikut sekali dengan program tersebut apa lagi kalau ada orang penting atau selebriti yang terlibat.

    Permasalahan ini tidak akan selesai sampai bila-bila pun selagi kempen ilmu tentang pelaburan dengan betul tidak dilaksanakan secara meluas dan konsisten.

    Sekadar memberi pandangan..:)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Beauty of Education Beyond Knowledge

Blog ini dihasilkan bagi memenuhi kehendak kursus KPT6044-Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web (Nurul Huda Binti Fadzil M20121000158)

helidzia

Anggun dan Unggul

::Salam Dunia::

Rasai~Hayati~Fikir

kamaruddinmohdsaad

This WordPress.com site is the cat’s pajamas

*all about your idea and my idea*

"how we share together"

The WordPress.com Blog

The latest news on WordPress.com and the WordPress community.

%d bloggers like this: