NOOR HIDAYAH ABDUL KARIM

Sweet & Simple

LATIHAN PRINSIP PERAKAUNAN

GERAK GEMPUR PRINSIP PERAKAUNAN SPM 2009[1]

Tinggalkan komen »

ASSALAMUALAIKUM….

Selamat datang ke blog saya. Anda di alu-alukan untuk meneroka maklumat di dalam blog ini sebagai satu perkongsian bersama. Blog ini disediakan sebagai salah satu tugasan untuk melengkapkan kursus KPT6044 iaitu Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web.

Tinggalkan komen »

ANALISIS JURNAL 2

TUGASAN 1

Tinggalkan komen »

ANALISIS JURNAL

TUGASAN 1

Tinggalkan komen »

JOM TENGOK BLOG…

Tinggalkan komen »

Kincir Air Kesultanan Melayu Melaka

Muara Sungai Melaka merupakan tapak asal yang menjadi saksi kewujudan pelabuhan Melaka di Zaman Kesultanan Melayu Melaka sebagai pusat perdagangan antarabangsa yang menghubungkan Timur & Barat, China dan Asia Tenggara, India dan Eropah pada abad ke-15 dan 16. Telah dicatitkan sebanyak 84 bahasa dipertuturkan di Melaka dan 4 orang Syahbandar dipertanggungjawabkan menjaga kepentingan pedagang asing. Lebih 2000 pengangkutan laut pelbagai jenis berlabuh di pelabuhan Melaka. Pedagang dari Tanah Arab, Parsi, India, China, Ryukyu, Filipina dan Siam bertumpu di pelabuhan Melaka disebabkan kedudukan semulajadinya yang strategik di kawasan sempit di Selat Melaka dan dilindungi dari taufan oleh Pulau Sumatera serta kawasan pertukaran angin monsun yang sesuai untuk kapal-kapal perdagangan.

Muara Sungai Melaka pula sekali lagi melihat sejarah dicipta di sini dengan pembinaan sebuah Kincir Air Kesultanan Melayu Melaka setinggi 13 meter. Kincir Air adalah alat untuk menimba dan mengalirkan air dari anak sungai untuk kegunaan pedagang. Lazimnya kincir berbentuk roda dibina di kawasan saluran sungai atau parit yang airnya deras bagi membolehkan pengayuh bergerak dan memusingkan roda. Teknologi kincir air terdapat di Hama di Syria, negara China, India dan Eropah.

Pembinaan semula replika Kincir Air Kesultanan Melayu Melaka ini melambangkan kehebatan Melaka dan teknologi ketika itu untuk dipertonton dengan lebih dekat kepada para pelancong. Putaran kincir air ini memperlihatkan kitaran kehidupan dan evolusi tamadun manusia akan kekal dan berulang kembali andai ilmu sentiasa dicari dan sejarah dijadikan pengajaran dan panduan.

Read more: http://gotomelaka.blogspot.com/2011/04/kincir-air-kesultanan-melayu-melaka_16.html#ixzz29ciF1NDg

Tinggalkan komen »

HARGAI WALAUPUN 10 SEN…

Rasa terkilan apabila anak-anak zaman ini tidak menghargai duit yang bernilai kecil. Mereka tidak menghargai apabila diberi duit 1 ringgit, 50 sen, 20 sen atau 10 sen. Begitu juga yang ada pendapatan. Duit-duit syiling diletak merata-rata tempat di rumah. Tidak ada tabung untuk menyimpan atau melabur.

Seorang pencuri ditangkap dan pernah jadi jutawan apabila mencuri wang 1 sen daripada akaun pelanggan mereka. (Agama melarang kita mencuri)

Dalam perniagaan runcit keuntungan bagi satu barang antara 3 sen hingga 50 sen sahaja. Disebabkan peniaga menghargainya maka perniagaan dan keuntungannya berlipat kali ganda selesai beberapa tahun.

Dalam amanah saham atau saham nilai seunit saham dikira sehingga empat angka bagi nilai sen. Contoh harga seunit saham dibeli pada harga RM 0.2134. Kita hanya dapat menyebut nilai itu 21 sen sahaja. Sukar untuk memeberi nilai pada 34 dibelakang21 sen. Tetapi sekiranya harga saham itu meningkat kepada RM0.2413 (24 sen), Ramai pelabur gembira kerana mendapat untung berganda kerana beza 3 sen itu dan mereka telah memilikinya sebanyak 500,000 unit.

Jika duit sen banyak di rumah bolehlah ke Tabung Haji atau Perbankan Islam untuk dimasukkan ke akaun sendiri. Atau kita sedekahkan 10 sen setiap kali sembahyang jemaah masjid atau surau kita. Allah berfirman keuntungan berlipat kali ganda pahala bersedekah ibarat sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, setiap tangkai itu mengandungi 100 biji (Al-Baqarah 261). Nabi bersabda ”Segeralah kamu bersedekah, kerana bala bencana itu tidak dapat melangkahi sedekah” ( Al-Baihaqi )

Sumber diperolehi daripada: http://www.ideafaizul.com/

2 Komen-komen »

TIP BERJIMAT KETIKA MELANCONG

 

 

BERCUTI memang menyeronokkan. Namun, kebanyakan kita terutama yang melancong ke luar negara, duit dibelanjakan seperti air paip besi.

Kadar pertukaran wang asing yang tinggi berbanding negara kita dan aktiviti membeli-belah yang tidak boleh dibendung menyebabkan wang sentiasa susut.

Bagaimanapun, perkara ini tidak sampai membuatkan kita pokai.

Justeru, tip ini mungkin dapat membantu dan membolehkan kita berjimat sebahagian besar daripada perbelanjaan yang diperuntukkan untuk bercuti.

* Bawa makanan ringan

BAWALAH makanan ringan seperti biskut, roti, kek, keropok dan lain-lain makanan ringan yang disukai. Masukkan dalam plastik ´zip´ dan bawalah ke mana-mana anda pergi.Ketika melancong, kita selalu mahu membeli makanan disebabkan lapar kerana penat berjalan ke sana ke mari. Jadi, dengan adanya makanan ringan yang dibawa, ia boleh dijadikan alas perut sebelum sampai waktu makan tengah hari atau malam.

* Sentiasa bawa botol air

JIKA sentiasa membeli air, tanpa disedari kita sudah membelanjakan hampir ratusan ringgit kerana air saja.

Andai kata satu botol air di negara Eropah berharga dua hingga tiga Euro, sehari kita beli tiga kali dan harganya mungkin dekat 10 Euro. Jumlah itu sudah mencecah RM50 sehari. Kalau seminggu pula? Pasti banyakkan.

Jadi, dengan membawa botol, ia akan lebih menjimatkan. Ini kerana di Eropah air paip selamat diminum. Kalau ada botol air, isikan saja air di mana-mana stesen air yang dijumpai.

* Jalan kaki

RAJIN-rajinlah berjalan kaki ketika melancong. Banyak tempat atau benda menarik yang boleh dilihat jika berjalan kaki. Apa yang paling penting, kita juga dapat berjimat sedikit kerana tidak perlu membayar tambang bas. Duit itu, sudah pasti boleh digunakan dalam banyak hal.

 

 

* Cari pakej murah

UNTUK menjimatkan lagi perbelanjaan ketika melancong, cuba cari pakej yang menarik dan murah. Kadang-kadang ada hostel murah yang memberi sarapan pagi percuma. Jadi dengan bersarapan, perbelanjaan untuk membeli makanan sudah dapat dijimatkan.

Selain itu, di beberapa tempat di Eropah seperti di Brussels, ada satu pakej bas hop-on, hop off. Anda boleh naik dan turun di mana-mana saja selama 24 jam. Dan yang paling menarik, bas itu akan pergi ke hampir semua destinasi terbaik di Brussels. Jadi, sebelum pergi bercuti, carilah maklumat seberapa banyak yang mungkin.

* Beli makanan di kedai runcit

DI negara Eropah, untuk berjimat, beli makanan di kedai runcit. Beli roti, jem, ikan tuna dalam tin, buah-buahan di kedai runcit, atau di sesetengah kompleks membeli-belah yang ada ´grocery store.´ Masukkan semua barang yang dibeli itu ke dalam beg dan bila waktu makan, hamparkan kain sarung dan berkelah di mana-mana tempat yang menarik.

Ini kerana jika makan di restoran, harganya di antara 10 dan 15 Euro seorang. Makanan halal jarang dipaparkan di menu.

Di kebanyakan negara Eropah, anda mudah mendapatkan kebab, malah harganya berpatutan, antara tiga dan 12 Euro

Sumber dipetik daripada:
http://www.1pengguna.com/pg/blog/read/116424/jom-jimat-tips-berjimat-ketika-melancong-atau-bercuti-di-luar-
negara?annoff=100
http://www.1pengguna.com/pg/profile/MEMEY

Tinggalkan komen »

10 TEMPAT MENARIK DI PERAK

Tahun Melawat Perak
Negeri Perak merupakan salah sebuah negeri di Malaysia yang kaya dengan pelbagai tarikan pelancongan. Selain keunikan gua serta bukit batu kapur yang ada di sekeliling negeri itu, tarikan lain ialah seperti pantai, tasik, hutan, pulau dan tempat bersejarah.

Tahun 2012 adalah Tahun Melawat Perak dan pasti pelbagai destinasi menarik yang diketengahkan. Justeru, minggu ini Santai menyenaraikan 10 Ikon Pelancongan Perak yang merangkumi tarikan pelancongan utama yang terdapat di negeri itu.

1. Taman Negeri Royal Belum

Taman Negeri Royal Belum adalah hutan dara yang luas dan salah satu kawasan hutan simpan terbesar di Semenanjung.

Antara haiwan liar di hutan ialah gajah, badak sumbu, tapir dan harimau.

Royal Belum juga kaya dengan biodiversiti di mana tiga daripada 20 spesies bunga Rafflesia boleh dijumpai dan kesemua 10 spesies enggang Malaysia berkampung di situ.

Selain keindahan alam semula jadi, Taman Negeri Royal Belum juga adalah perkampungan Orang Asli iaitu di Sungai Tiang dan Sungai Kejar.

Taman Negeri Royal Belum dikatakan lebih tua berbanding Hutan Amazon.

2. Hutan Paya Bakau Matang

Diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal pada tahun 1906, Hutan Paya Bakau Matang ini berkeluasan kira-kira 40,000 hektar.

Ia adalah rizab hutan paya bakau terbesar di Semenanjung Malaysia.

Matang kaya dengan pelbagai hidupan liar dan habitat yang tinggal di kawasan paya bakau dan dataran lumpur.

Pengunjung juga boleh menaiki bot menyusuri sungai pada waktu malam untuk melihat kelip-kelip atau kunang-kunang.

Antara aktiviti menarik lain yang boleh dilakukan di situ ialah melihat kehijauan pokok bakau dan memerhati burung yang pelbagai spesies.

Selain itu, pengunjung juga berpeluang melihat proses menghasilkan arang.

3. Gua Tempurung

Gua Tempurung adalah sebuah gua batu kapur di Gopeng. Namanya diambil sempena bentuknya seperti tempurung kelapa. Panjang gua ini mencapai 1.9 kilometer dan dipercayai wujud sejak 8,000 SM.

Gua Tempurung terdiri daripada lima kubah besar yang silingnya menyerupai tempurung kelapa, dengan setiap kubah mempunyai bentuk stalagmit dan stalaktit yang berbeza.

Selain itu, setiap kubah berbeza dari segi suhu, aras air, dan kandungan batu kapur dan marmar.

Di pertengahan gua ini terdapat satu stalagmit yang berbentuk seperti gergasi.

Selain menyimpan khazanah alam, gua ini turut tertulis dalam sejarah Malaysia di mana ia menjadi tempat persembunyian komunis dari 1950 hingga 1960.

Pada satu masa dahulu Gua Tempurung ini juga dijadikan lombong bijih timah dari tahun 1970.

4. Taman Herba Negeri Perak

Taman Herba Negeri Perak seluas 22 hektar terletak di Kampung Kepayang di sepanjang Jalan Simpang Pulai-Batu Gajah adalah tempat penanaman pelbagai herba yang kini dipenuhi lebih 525 spesies pokok herba.

Spesies popular yang boleh didapati di Taman Herba Negeri Perak ialah misai kucing, kunyit bonglai, kacip fatimah dan tutup bumi rimba.

Selain itu, spesies seperti emas cotek, jerangau, rempah padang, kunyit, serai wangi, bungah cengkih turut ditanam di sini.

Keindahan kawasan Taman Herba Perak dengan haruman herba yang pelbagai sememangnya mendamaikan selain dapat menyenangkan jiwa selain mempelajari pelbagai jenis spesies herba yang ada.

Sungai Klah Hot Springs

5. Sungai Klah Hot Springs

Dikelilingi bukit bukau serta gunung yang menghijau, Sungai Klah Hot Springs menawarkan sesuatu yang cukup unik.

Dibuka pada 2003, ia bukan saja menawarkan keseronokan mandi atau berendam di kolam air panas semula jadi dan air gunung tetapi pemandangan indah yang cukup menyenangkan.

6. Pulau Orang Utan, Bukit Merah Laketown Resort

Dengan kawasan seluas 14 hektar, Pulau Orang Utan di Bukit Merah Laketown Resort menawarkan pengunjung keterujaan melihat gelagat dan aksi orang Utan.

Berasal dari Malaysia dan Indonesia, Orang Utan adalah spesies beruk terancam dan akhirnya akan dilepaskan ke dalam hutan selepas melalui program pemulihan khas.

Dengan hanya menaiki feri selama lebih kurang 10 minit dari Bukit Merah, anda berpeluang melihat anak-anak Orang Utan dengan pelbagai aksi.

7. Zoo Taiping & Night Safari

Terletak di kawasan semula jadi di Taman Tasik Taiping berhampiran kaki Bukit Larut (Maxwell Hill), Zoo Taiping & Night Safari mempunyai keistimewaan tersendiri.

Zoo Taiping atau Taman Mergastua Sultan Idris Shah satu-satunya zoo di Utara Semenanjung Malaysia.

Ia mengambil masa kira-kira 45 minit dengan 2.5 kilometer trek berjalan kaki.

Berkeluasan lebih 8.5 hektar, Zoo Taiping mempamerkan 1,300 haiwan daripada 180 spesies, antaranya harimau, singa, gajah, badak air, zirafah, enggang, orang utan, kambing gurun, rusa ubi, badak tampung, kijang, pelanduk, kanggaru merah, angsa hitam dan angsa magpie.

Dirasmikan pada 15 Jun 2003, Night Safari antara pertama seumpamanya di negara ini.

8. Ipoh – The Limestone Wonder

Ipoh adalah bandar yang cukup unik kerana ia dikelilingi bukit-bukau dan gua batu kapur yang cukup unik. Pembentukan stalaktit dan stalagmit selama berjuta-juta tahun pasti membuatkan sesiapa saja terpegun keindahannya.

Di sini, anda boleh melihat keunikan Gua Tempurung, Gua Puncak, Sam Poh Tong Temple, Perak Tong Temple, Gua Tambun, Taman Rekreasi Gunung Lang dan Taman Tema Lost World Of Tambun.

Di Gua Tempurung dan Gua Puncak, anda pasti terpegun melihat formasi stalaktit dan stalagmit yang unik selain laluan di sepanjang penjelajahan di dalam kedua-dua gua itu.

Di Gua Tambun, sekitar tahun 1959, lukisan batu zaman Neolitik yang berusia lebih kurang 5,000 tahun dahulu dijumpai di pinggir Ipoh.

Taman Rekreasi Gunung Lang pula menawarkan pemandangan bukit batu kapur dan tasik bekas lombong.

Dikelilingi kehijauan alam semula jadi serta bukit batu kapur yang menakjubkan, Lost World of Tambun (LWOT) menjanjikan keunikan.

9. Lumut & Pulau Pangkor

Terletak lebih kurang 84 kilometer (km) dari Ipoh, Lumut cukup terkenal dengan keindahan koleksi siput dan kraf tangan yang diperbuat daripada batu karang.

Ia juga sering dikunjungi pelancong yang mahu bercuti ke Pulau Pangkor yang hanya mengambil masa lebih kurang 30 minit hingga 45 minit dengan menaiki feri.

Pulau Pangkor kaya dengan bahan sejarah, antaranya Kubu Belanda yang dibina pada abad ke-17 bagi menyelia industri perdagangan timah di Perak.

‘Pang Ko’ yang bermaksud pulau cantik dalam bahasa Thai adalah destinasi percutian ideal bagi yang inginkan ketenangan dan lari daripada kesibukan di kota.

Jangan lepaskan peluang melihat proses penghasilan makanan laut segar di Kampung Sungai Pinang Kecil, Kampung Teluk Gedung dan Teluk Dalam.

10. Kuala Kangsar Bandar Diraja

Bandar Diraja Kuala Kangsar yang berusia 150 tahun itu adalah antara destinasi wajib dikunjungi jika melancong ke Perak. Bandar yang hanya mengambil masa selama 30 minit pemanduan dari Ipoh punya pelbagai mercu tanda.

Kuala Kangsar mendapat namanya daripada pokok Kangsar yang tumbuh di tebing sungai. Ada juga mengatakan nama Kuala Kangsar sempena 99 kuala anak sungai di Sungai Perak iaitu kurang 100, maka ia diberi jolokan nama ‘Kuala Kurang Sa’.

Anda yang meminati sejarah mungkin boleh melakukan jejak warisan dengan hanya berjalan kaki menaiki Bukit Chandan.

Jangan lupa mengunjungi Masjid Ubudiah, Istana Iskandariah dan Galeri Sultan Azlan Shah.

Jangan lepaskan peluang melihat bangunan bersejarah yang sudah berusia lebih kurang 100 tahun iaitu Kolej Melayu dan Clifford School serta melihat sendiri pokok getah tertua di Jalan Raja Chulan.

Selain tarikan sejarahnya, Kuala Kangsar juga adalah pusat menghasilkan Labu Sayong.

Untuk makan, laksan di medan selera Sungai Perak antara destinasi paling popular.

Sumber: http://zonfiniti.blogspot.com/2012/02/10-tempat-menarik-pelancongan-perak.html#ixzz295c1MvFa
Sila baca lagi di http://zonfiniti.blogspot.com
Tinggalkan komen »

TEMPAT MENARIK DI KUCHING, SARAWAK

1) Sarawak Cultural Village
Kampung budaya ini juga digelar ‘Muzium Kehidupan’ ditubuhkan bagi memelihara dan mempamerkan warisan kebudayaan dan kesenian negeri Sarawak. Muzium ini terletak di Pantai Damai, Santubong hanya 32km dari bandar Kuching merupakan tempat yang terbaik untuk mengenali budaya dan cara hidup tempatan.
Perkampungan seluas 17 ekar ini mempunyai seramai 150 orang penduduk yang mempamerkan aktiviti harian suku kaum negeri Sarawak seperti aktiviti memproses sago dan menghasilkan kraftangan. Mereka memakai pakaian tradisional dan mengadakan persembahan tarian tradisional untuk para pelawat. Penduduk kampung ini menerangkan tentang cara hidup dan kepelbagaian budaya mereka kepada pelawat. Pelawat juga boleh melihat replika bangunan yang mewakilkan setiap suku kaum pribumi utama yang ada di Sarawak; rumah panjang bagi orang Iban, Bidayuh dan Orang Ulu, rumah-tinggi Melanau dan rumah ladang orang Cina. Perkampungan ini juga mempunyai sebuah pentas di mana pelawat boleh menyaksikan persembahan tarian tradisional pelbagai kaum, sebuah restoran dan kedai kraftangan. Anda juga boleh melangsungkan perkahwinan anda di Kampung Kebudayaan Sarawak mengikut gaya tradisi kaum Iban, Melayu, Bidayuh atau Orang Ulu.
2. Pasar Minggu di Jalan Satok
Pasar Ahad di Jalan Satok, Kuching ialah destinasi beraneka warna di mana penduduk kampung dari serata daerah ini membawa hasil hutan dan buah-buahan yang tidak boleh didapati di mana-mana tempat yang lain.Para penjaja membawa masuk barang jualan mereka pada hari Sabtu petang dan pasar Ahad ini bermula pada jam 5 pagi.

 

 

Pasar yang menarik ini menawarkan peluang melihat dan mengenali hasil herba, buah-buahan, tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang digunakan oleh penduduk Sarawak di dalam masakan dan perubatan tradisional mereka. Suasana meriah dan keramahan penduduk tempatan menjadikan lawatan di pasar ini sangat menyeronokkan – semuanya di tengah-tengah bandar Kuching.

 

 

 

 

Berada di sini jangan sesekali lupa untuk singgah di pasar yang menjual ikan terubok masin. Harga memang murah berbanding di tempat-tempat lain. Lagi pandai menawar lagi berbaloi la jawabnya =)

 

3) Kuching Waterfront

 

 

Antara tempat yang mesti dilawati ialah Kuching Waterfront yang mana ia adalah antara tarikan utama yang terdapat di Kuching. Selain keindahan Sungai Sarawak, kita boleh menikmati pemandangan bot-bot kecil (perahu tambang) dan menaikinya dengan kadar tambang yang cukup murah. Kuching Waterfront juga adalah tempat tumpuan penduduk tempatan berkumpul untuk riadah bersama keluarga.

 

 

Bersetentangan dengan Kuching Waterfront itu, terdapat banyak deretan kedai yang menjual pelbagai jenis kraf yang cantik dan unik bermotifkan Sarawak. Daripada tikar Sarawak yang popular kepada hasil tembikar yang beraneka bentuk seperti pasu, patung kucing dan sebagainya, semuanya ada ditawarkan dengan harga yang berpatutan. Jangan lepaskan peluang untuk berkunjung di sini kerana di sinilah antara sumber ole-ole anda untuk saudara mara dan sahabat anda ketika kembali.

 

 4) Taman Negara Gunung Gading

 

Taman Negara Gunung Gading adalah kawasan hutan bergunung-ganang yang indah hanya dua jam jauhnya dari bandar Kuching. Taman ini terletak berhampiran Lundu, sebuah pekan kecil yang menarik di barat-daya Sarawak. Pada mulanya taman negara ini merupakan sebuah kawasan pemeliharaan tertutup bagi tumbuhan Rafflesia iaitu bunga terbesar di dunia yang boleh membesar sehingga bergaris pusat satu meter.

Walau bagaimanapun, selepas menjalankan kajian meluas tentang kesan ke atas alam sekitar, Jabatan Taman Negara membuat keputusan bahawa Gunung Gading adalah harta negara yang berharga yang perlu dikongsi dengan orang awam.Oleh itu, taman negara ini dibuka kepada orang ramai pada tahun 1994. Taman Negara Gunung Gading dikawal rapi oleh Jabatan Taman Negara bagi memastikan pelawat mendapat peluang yang terbaik untuk melihat sendiri bunga Rafflesia yang kembang tanpa memusnahkan kudup bunga tersebut atau pun tumbuhan lain di sekitarnya.

 

 

Sebuah laluan pelantar kayu telah dibina di tempat di mana Rafflesia tersebut lazimnya kelihatan bagi membolehkan pelawat berkunjung ke sini dengan selesa pada bila-bila masa bunga Rafflesia ini mengembang. Trek laluan hutan membawa pelawat menuju ke sungai, air terjun dan kawasan gunung dan sebuah laluan lagi membawa pelawat ke puncak Gunung Gading (906 m). Bentuk mukabumi kawasan gunung ini yang dramatik menyediakan latarbelakang yang indah kepada pekan Lundu yang berdekatan serta pantai-pantai di Pandan dan Siar.

 

5) Taman Negara Bako

Terletak 37 km dari Kuching Taman Negara Bakokaya dengan flora dan fauna dengan sekurang-kurangnya tujuh jenis tumbuhan tropikal yang utama di Sarawak. Walaupun ia adalah satu daripada taman negara terkecil di Asia Tenggara ia mempunyai hampir kesemua spesies tumbuhan yang dapat dijumpai di Borneo.

Monyet Prtoboscis yang hanya dapat dilihat di Borneo mungkin menjadi tumpuan di antara haiwan liar, tetapi lain kata, jika adanya Monyet Macaque, Monitor lizards dan tupai. Taman itu merekodkan 316 spesies tumbuhan, 22 spesies burung, 24 spesies haiwan reptilia dan binatang berdarah sejuk, 57 spesies mamalia termasuk monyet hidung muncung atau monyet orang Belanda serta yang bernasib boleh terserempak dengan spesies ikan lumba-lumba dilindungi sepenuhnya di negeri ini.

Taman Negara Bako hanya akan sampai selepas menumpang kapal kecil selama 20 minit dari Kampung Bako. Ia telah dilindungi sejak 1957 supaya hidupan liar tidak akan terancam.Lawatan tidak digalakkan pada Oktober hingga Mac kecuali April sehingga September. Ini disebabkan pada April hingga September keadaannya tidak begitu lembap dipengaruhi oleh monsun.

6) Pasar Serikin

Pasar Serikin adalah sebuah pekan kecil di Bau iaitu sempadan Malaysia – Indonesia dengan jaraknya kira-kira 70 kilometer dari Bandar Kuching. Pasar Serikin sentiasa menjadi kunjungan bukan saja penduduk tempatan malah pelancong dari Semenanjung dan negara asing. Terdapat pelbagai jenis barangan dari Sarawak dan Indonesia yang dijual di sana dengan harga yang berpatutan.

Di pasar Serikin ini, pengunjung dapat melihat dan membeli pelbagai barangan yang agak asing daripada terdapat di Malaysia. Barangan yang dijual kelihatan unik dan menarik hati. Biasanya, penjual menjual barangan rotan, tikar, pelbagai jenis kain pelikat dan kain batik, makanan ringan ‘janjan’ made of indonesia, barangan dapur, telekung wanita dan barangan kraf tangan. Ternyata , barangan kraf tangan yang dihasilkan amat kreatif. Ianya menjadi cenderamata atau cenderahati kepada sanak saudara dan rakan-rakan.

  7) Jong’s Crocodile Farm

Jong’s Crocodile Farm atau Taman Buaya Jong di Sarawak adalah adalah sebuah kawasan persendirian yang menempatkan lebih 1000 ekor buaya dari pelbagai jenis dan saiz. Taman ini terletak di daerah Padawan (jalan Kuching-Serian) merupakan kawasan penternakan, pembiakan dan pemuliharaan buaya terbesar di malaysia. Buaya buaya di sini ditempatkan mengikut saiz, spesies/jenis dan umur.

Kalau timing melawat anda betul anda akan menyaksikan demo memberi makan buaya yang ada di sini. Pelbagai cenderamata kenang-kenangan boleh dibeli dan sekiranya anda berminat boleh beli juga daging buaya yang telah dikeringkan.. =) Di sini juga ada menempatkan spesies unggas, burung, beruang dan binatang eksotik yang lain yang hanya boleh didapati di kepulauan Borneo.

Sumber diperolehi daripada: http://cutidikuching.com/tempat-menarik/tempat-tempat-pelancongan-untuk-dilawati-di-kuching/

dipetik dari kchhomestay.blogspot.com

4 Komen-komen »

Beauty of Education Beyond Knowledge

Blog ini dihasilkan bagi memenuhi kehendak kursus KPT6044-Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web (Nurul Huda Binti Fadzil M20121000158)

helidzia

Anggun dan Unggul

::Salam Dunia::

Rasai~Hayati~Fikir

kamaruddinmohdsaad

This WordPress.com site is the cat’s pajamas

*all about your idea and my idea*

"how we share together"

The WordPress.com Blog

The latest news on WordPress.com and the WordPress community.